Muqadimah

Bismillahi Walhamdulillah. Selawat dan salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga baginda, para sahabat, para syuhada dan pejuang-pejuang agama Allah sejak dulu, kini dan selamanya!

Alhamdulillah setelah melalui pelbagai aral, namun dengan izin Allah, akhirnya dapat juga ana membina laman ini secara berperingkat-peringkat. Walau bagaimanapun, laman ini masih dalam percubaan dan diperingkat permulaan. Justeru itu, mana-mana artikel yang tidak dapat dibuka atau dibaca seterusnya, ana memohon kemaafan daripada pengunjung-pengunjung laman ini. Usaha-usaha untuk menyiapkan disamping menambah artikel-artikel yang bermanfaat akan terus dilakukan dari masa ke semasa mengikut rezki kelapangan yang ada insya-Allah.

Mudah-mudahan usaha kecil ini akan menyemarakkan lagi sumbangan ilmu dan idea bagi menterjemahkan Islam secara kaffah dalam memenuhi perintah Allah Azzawajalla. Akhir kalam, muga usaha kecil ini juga dapat menyumbang amal jariah disamping menjadi medium dakwah dalam bentuk alternatif seiring dengan zaman kini. Wassalam.

::Top 10 Artikel Pilihan::

Ada Apa Dengan Ucapan Salam

Firman Allah Taala yang bermaksud: "Apabila kamu memasuki ke mana-mana rumah, maka hendaklah kamu memberi salam kepada sesiapa yang seperti kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik." (Surah an-Nur: 61)

Menurut Asy-Syeikh Nashr bin Muhammad bin Ibrahim As-Samarqandi di dalam kitabnya Bustan Al-Arifn, tuntutan memberi salam menerusi ayat di atas adalah merangkumi dua keadaan, iaitu sama ada memberi salam ke atas ahli keluarga yang tinggal di rumah berkenaan jika mereka ada di rumah pada ketika itu, ataupun memberi salam ke atas dirinya sendiri jika tidak ada orang di dalam rumah.Bagaimana caranya memberi salam ke atas diri sendiri?caranya ialah dengan mengucapkan...

Musibah: Antara Ujian, Balasan dan Rahmat

Musibah umumnya berkaitan dengan kesenangan dan kesusahan dalam kehidupan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia amnya.

Bagaimanpun penulis hanya ingin membicarakan berkenaan dalam kontek kehidupan manusia yang berkisar dalam perkara-perkara tersebut:

1. Jenis-jenis musibah

2. Musibah sebagai Ujian

3. Musibah sebagai balasan

4.Jalan keluar dari musibah

Jenis-jenis Musibah

Firman Allah yang bermaksud: "Dan pasti Kami akan menguji kamu dengan sedikit keresahan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah:155).

Berdasarkan ayat di atas dapatlah kita fahami bahawa jenis-jenis musibah itu terbahagi kepada beberapa kategori:

a) Musibah yang bersifat rohani seperti keresahan, ketakutan, kesedihan, kebuntuan, fikiran terganggu dan sebagainya.
b) Musibah yang bersifat jasmani atau fizikal seperti masalah kesihatan sama ada ditimpa penyakit zahir atau batin, tercedera kemalangan, cacat pada salah satu anggota tubuh badan dan lain-lain lagi yang sepertinya.
c) Musibah melalui harta benda berupa kekurangan, kemusnahan, kehilangan, kebakaran dan seumpamanya
d) Musibah melalui kaum keluarga sama ada daripada suami, isteri , anak-anak dan sanak saudara yang berupa kematian, lumpuh, kecacatan, tercemar maruah dan sebagainya.

Musibah sebagai ujian

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:"Dan Kami uji mereka dengan kesenangan dan kesusahan agar mereka kembali kepada kebenaran." (Al-’Araf:168)

"Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukkan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada kamilah kamu semua akan dikembalikan." (Al-Ambiya:35)

Ertinya apa sahaja perkara buruk dan baik merupakan satu ujian yang datang ditentukan oleh Allah SWT. Dia mendatangkan musibah bukan agar manusia sengsara, namun hendak menguji siapa diantara hamba-hambaNya yang benar-benar beriman dan pendusta.

Firman Allah yang bermaksud: "Apakah manusia itu mengira bahwa mereka di biarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman!" sedang mereka tidak diuji lagi? dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka dan Allah mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang dusta." (Al-Ankabut : 2-3).

Dari ayat di atas dapat kita fahami bahawa Allah menguji seseorang seperti dengan kesusahan adalah untuk melihat sejauh mana mereka mencari jalan keluar sama ada masih dengan cara jalan yang hak atau yang batil seperti mencuri, menipu, melacur dan sebagainya.
Begitu juga apabila Allah menguji seseorang dengan kesenangan seperti dengan kurniaan rezki yang lebih, adakah mereka bersedia untuk mengeluarkan zakat, bersedekah, membantu orang yang susah tanpa berkira dan sebagainya

Musibah sebagai balasan

Firman Allah yang bermaksud: "Dan apa jua musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan perbuatan-perbuatan yang berdosa dan sesungguhnya Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu." (As-Syura:30)

FirmanNya lagi yang bermaksud:"Apa saja kebaikan yang kamu perolehi adalah daripada Allah dan apa saja keburukan yang menimpa diri kamu adalah daripada kesalahan kamu sendiri." An-Nisa:79)

Hutang : Adab, Dosa dan Pahala

Sebut sahaja perkataan hutang, hampir semua manusia tidak ada yang terlepas daripada berhutang samada berhutang kepada Allah mahu pun kepada manusia.

Hutang Allah

Ada pun hutang kepada Allah seperti meninggalkan shalat, puasa, zakat, haji dan sebagainya sejak akil baligh hingga separuh abad lamanya kekadang kita terlepas pandang membayarnya dan amat malang sekali apabila sampai ajal pun masih belum ada penyelesaiannya!

Meninggalkan shalat tanpa qadha (menggantikan) selain tidak menjaga waktu, tidak kusyuk, meringan-ringankan umpamanya, adalah merupakan orang yang lalai dalam menunaikan hak Allah dan dalam hal tersebut Allah telah memberi amaran melalui firmanNya yang bermakksud:

"Sesungguhnya Neraka Wail kepada orang-orang yang shalat tetapi mereka lalai terhadap shalatnya." (Al-Ma'un: 4-5)




Sementara dalam hadis pula Rasulullah SAW telah bersabda yang mafhumnya:

"Pertama kali amalan manusia yang akan dipertanggungjawabkan pada hari kiamat adalah perkara shalat..." (H.R Imam Abu Daud dan At- Tirmidzi)

Begitu pula daripada Abdullah bin Qurth r.a baginda bersabda yang mafhumnya:

"Amalan yang mula pertama diperiksa seorang hamba pada hari kiamat adalah shalat. Jika baik maka baiklah seluruh amalan yang lainnya tetapi jika rosak maka rosaklah juga amalannya yang lain." ( H.R At-Tabrani)

Hutang manusia

Manakala hutang kepada manusia pula yang melibatkan daripada beberapa institusi kewangan dalam pelbagai pembiayaan dan pihak-pihak induvidu juga tidak kurang sama keadaannnya...

Namun dalam dua kontek di atas yang manakah lebih penting untuk dijelaskan?

Berpandukan ayat Allah dan hadis nabi yang tersebut, penulis tidak bercadang untuk membahas dengan lebih panjang lagi berkenaan hutang terhadap Allah, tetapi cukuplah sebagai renungan buat kita semua bahawa hutang terhadap Allah dan manusia adalah sama penting untuk dijelaskan. Jika selama ini kita lebih fokus dan menyibukkan hutang yang melibatkan kepada manusia sahaja betapa pula hutang kepada Allah yang sudah tentu lebih penting lagi untuk kita fokus daripada hamba-hambaNya!

Berbalik kepada persoalan hutang sebagaimana yang disebutkan di atas, penulis hanya akan membahaskan hutang yang melibatkan manusia kepada manusia khasnya antara pemiutang dan penghutang dalam aspek adab, dosa dan pahala dan sebagainya.

1.Pemiutang

Berkata Lukman Al-Hakim kepada anaknya :

Mengumpat: Lebih besar dosanya dari makan daging khinzir?

Firman Allah yang bermaksud: "Celakalah kepada seorang pengumpat dan pencela.." (Al-Humazah:2)

FirmanNya lagi yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu berprasangka yang tiada jelas baginya kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah satu perbuatan dosa dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain." (Al-Hujurat:12)

Prasangka

Firman Allah yang bermaksud: "Janganlah berprasangka yang tidak jelas baginya kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah perbuatan dosa."( Al-Hujurat:12)

Dr. Yusuf Al-Qaradawi menerangkan maksud jangan kamu membenarkan sangkaan buruk itu adalah dengan tidak berubahnya sikap dan pandangan kamu terhadap orang yang disangka buruk itu. Jika itu tidak dikawal, bermakna kamu sudah membenarkannya

Mencari Aib Orang

Firman Allah yang bermaksud: "Dan janganlah mencari kesalahan orang lain."( Al-Hujurat:12)

Mencari kesalahan dan mendedahkan keaiban seseorang kepada umum juga adalah satu perbuatan yang ditegah dalam agama Islam kecuali memperkatakan sesuatu kaum yang berbuat penganiayaan keatas satu kaum yang lainnya adalah diharuskan bagi tujuan mempertahankan kebenaran..

Firman Allah yang bermaksud: "Allah tidak menyukai ucapan buruk dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiayai. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" ( An-Nisa: 148)

Demikian juga halnya mendedahkan kejahatan dan kezaliman para pemimpin yang dilakukan secara terang-terangan atas dasar ingin mencegah kemungkaran.

Firman Allah yang bermaksud: "Kamu umat Islam yang terbaik dilahirkan dikalangan manusia untuk menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.." (Ali- 'Imran:110)

Mengumpat

Firman Allah yang bermaksud: Dan janganlah kamu mengumpat sebahagian yang lain." (Al-Hujurat:12)

Rasulullah SAW telah menjelaskan tatkala ditanya oleh seorang sahabat: "Wahai Rasulullah, apakah itu mengumpat?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!" Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?" jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar maka itu juga mengumpat tetapi jika sekiranya perkara itu tidak benar maka itu adalah fitnah." (H.R Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi).

Dalam hadis tersebut jelaslah kepada kita bahawa mengata hal keburukan orang lain sama ada benar atau tidak, kedua-duanya Islam memandang sebagai dua sifat yang keji dan satu dosa besar lebih-lebih lagi jika berita itu tidak benar, dosanya lebih besar lagi dari membunuh manusia!

Firman Allah yang bermaksud: "Dan fitnah itu dosanya lebih besar lagi dari membunuh." (Al-Baqarah:191/217)

Dosa Megumpat Lebih Besar Dari Makan Daging Khinzir?

Firman Allah yang bermaksud:

Akhlak Mulia: Penyelamat mukmin yang muflis di akhirat

Firman Allah Taala yang bermaksud: "Dan mereka yang menahan marah, memaafkan orang lain dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat baik." (Ali-Imran:134)

Firmannya lagi yang bermaksud: "Ambillah sikap pemaaf dan suruhlah orang berbuat yang baik-baik dan jangan mengendahkan orang-orang yang bodoh itu." (al-A'raf:199)

Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: "Sesungguhnya seseorang itu akan dapat mencapai darjat orang yang sentiasa berpuasa pada siang dan bershalat malam melalui sifat lemah lembut." (Al-Hadis)

Sayyidina Zainul Abidin bin Hassan r.a (cicit Nabi) iaitu dalam peristiwa ketika hamba sahayanya menuang air dari sebuah cerek tembikar tidak disangka-sangka cerek itu telah terjatuh dari tangannya lalu mengenai kaki Sayyidina Zainul Abidin sehingga luka dan berdarah. Maka dengan cepat hamba sahaya itu mengatakan: "Tuanku! Allah telah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud: "Dan orang-orang yang menahan marah..." Sayyidina Zainul Abidin pun berkata...

Kewajipan Bersama Jemaah Islam

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: "Dan hendaklah ada satu golongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada perkara yang ma'aruf dan mencegah kepada perkara yang mungkar. Mereka itulah golongan yang beroleh kemenangan."(Ali-'Imran:104)

Ramai orang Islam menyangka bahawa cukup sekadar mempunyai nama sebagai orang Islam mengucap dua kalimah syahadat untuk menjadi seorang muslim yang diredhai Allah. Anggapan ini tidak benar . Ini kerana untuk menjadi orang Islam seseorang itu perlu memenuhi syarat-syarat penting yang berkaitan dengan keimanan dan perbuatan tertentu yang berkaitan dengan rukun iman, Islam dan jihad.

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan mematuhi segala hukum-hukumnya..."(Surah Al-Baqarah:208-209)

Justeru itu, seeorang muslim yang benar ialah orang yang memperjuangkan seluruh dimensi ajaran Islam baik akidah, syariah, politik, ekonomi, pendidikan dan seterusnya. Orang yang tidak mahu memperjuangkan politik Islam umpamanya, tidak mahu menjadikan Islam landasan perjuangan politiknya adalah mereka yang terang-terang mempunyai sikap bercanggah dengan perintah Allah dalam surah At- Taubah

Onani Atau Oh Nani...Haruskah?

Firman Allah Ta'ala yang bermaksud: "Adapun orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan diri daripada hawa nafsunya maka mereka akan di tempatkan ke dalam syurga" (An-Nazi'at:40-41).

Hukum Onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat zina ialah harus, bahkan kaedah fiqhiyah juga menyebut : "Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang" (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 67 oleh Dr Abd Karim Zaidan).

Inilah pendapat yang diriwayatkan dari Imam Ibn taimiyyah dan Ibn Qayyim serta dari Ibn Aqil bahkan pendapat ini diperkuatkan oleh Imam Ahmad dengan riwayat bahawa para sahabat terdahulu beronani dalam perang dan ketika musafir sebagai keharusan melakukan onani apabila terdesak dan perlu (lihat Al-bada'I wal fawa'id m/s 870 Jilid 2).

Walau bagaimanapun keharusan hukum melakukan onani itu boleh berubah menjadi haram dan tercela sekiranya...

BERKUKU PANJANG : Faedah, Kaedah dan Padah

Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah perkara kecil, namun kadang-kadang ia adalah perkara besar. Sebagai contoh ketika seorang yang masih dalam ihram haji atau umrah akan didenda membayar dam kerana memotong kukunya. Demikian juga kuku boleh menyebabkan tidak sah wudhu atau mandi junub, jika air tidak atau terhalang sampai ke kuku.

Beberapa permasalahan yang berhubungkait dengan kuku dari segi hukum, hikmat dan faedah memanjangkan, mewarnakannya, hari dan cara memotong mengikut sunnah, waktu-waktu larangan dan sebagainya akan dibincangkan dalam Irsyad Hukum di bawah ini.